I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 22, 2013

Hello Mr. Keding :D


Assalamualaikum blogger, stalker & all. 

Hello hello. Cik Fiefy kembali :D
Uisshhh, awat berhabuk sakan blog ceqqq. *sambilsambil mengelap*
Tiada entry menarik hari ini, hanya menyinggah sekejap ke kedai cik tipah membeli kelapa parut.

Ce tengok tajuk entry. Entry ini khas buat Mr. Potato Mr. Keding.  Siapakah keding yang dimaksudkan ?
Adik beradik osman kering mungkin ?
Siapa tak kenal, jom layari laman sesawang Mrkedingtinggaltulang.com.my untuk mengetahui siapa jejaka misteri ini !
Sebelum itu, selamat membaca.

Kbai.
Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas woooi.
Pecah kaca pecah gelas, dah baca tu pandai-pandai la balas !

Wednesday, April 11, 2012

Bahagia itu apabila membahagiakan

Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Pegang kata-kata itu. Impilikasinya, untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiaakanlah mereka.

Hanya setelah itu, barulah kita akan merasa bahagia. Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin "diberikan" akan bertambah terangnya. Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam... tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.

Siapakah orang yang paling hampir? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia? Selain kedua ibu-bapa (bagi seorang lelaki), maka isterinyalah yang paling utama diberikan kebahagiaan itu. Jika isteri yang di sisi tidak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Dan paling penting, jika isteri sudah menderita itu juga petanda yang kita juga menderita – ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia.

Apakah langkah pertama untuk membahagiakan isteri? Ya, pertama, hargailah kehadirannya. Rasakan benar-benar bahawa sidia adalah anugerah Allah yang paling berharga. Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, justeru dia adalah anugerah khusus daripada-Nya buat teman hidup kita sepanjang kembara di dunia. Isteri kita ialah jawapan Tuhan pada doa yang selalu kita pohonkan.

Ingatlah bahawa yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukan peralatan eletronik, komputer ataupun barang-barang antik yang lain. Yang paling berharga ialah manusianya – isteri atau suami kita itu. Itulah" modal insan" yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita?

Sayang sekali, lain yang difikirkan lain pula yang dirasa. Cuba renanungkan, berapa ramai para suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran. "Batuk" kereta yang sedikit cepat-cepat dihantar ke "workshop" untuk diselenggarakan.

Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yang leka dengan aorkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.

Bila kereta 'aneh' sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke workshop, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yang batuk-batuk, lenguh dan sembab dibiarkan... alasannya, itu memang adat, badan dah tua. Itu belum dikira yang 'workoholic' – bekerja siang, malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibok? Dia menjawab, demi isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul, kesihatan sudah tergadai, rumah tangga sudah berkecai, isteri telah terabai.

Sesetengah bertanya? Bagaimana kita boleh mengharagai pasangan kita. Insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan. Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih... mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah mungkin separuh "kedutan" itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepala suami kita, tetapi uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.

Itulah pandangan mata hati namanya. Kalau dulu semasa awal bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini setelah lama bersama, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati "turun" ke mata. Yang kita lihat bukan "body" tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi... tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya... Ah, kita tidak payah mengajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan.

Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang "permaisuri". Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang "orang gaji". Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cerdikiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu lepas pandang. Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri di depan mata, tidak dihargai. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatahpun berbual. Suami dan isteri sibok melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.

Malah, bila berjauhan pun kekadang terlalu lokek bertanyakan berita. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan isteri. No news is a good news. Begitu selalunya, rasa di hati. Tetapi bila isteri atau suami diserang "sakit" – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu puaslah kita menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. Waktu itu barulah duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami kita yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara...

Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali. Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!



- Artikel iluvislam.com -

Wednesday, April 4, 2012



Isteri BUKAN hakmilik.. tetapi ANUGERAH..


ok, ini ciri-ciri isteri solehah. yang mana menjadi pilihan ?
haha x)

29 March 2012

The very cute cake like you :)






Happy 25th Birthday for you dear !

Happy birthday to yoooou, happy birthday to youuuu..
Happy birthday to MZH..
Happy birthday to yoooooou.. YAY!
tepokkk tangan sambil tiop lilin.. fuhhhh fuuuhhhhh~
(amboi, menyembur ailio tiup lilin cake.. ni tiup api lilin ke api kebakaran.. kekeke.. )

Muhammad Zikri Hakim..

Semoga panjang umur..
Dimurahkan rezeki..
Dan.. Apa yg penting, sy tetap menyokong awak dlm apa jua sekali pun..
Take care :)


Wednesday, March 21, 2012

MZH :)


Muhammad Zikri Hakim Bin Muhammed Yazid



Good Luck berjutajuta luck sy ucapkan !
Semoga dapat menjalani kehidupan baru dengan sebaiknya.
Dan selamat bekerja.



*Cari duit banyakbanyak sikit. Bluuuek!

Sunday, February 12, 2012

Hello 2012 :)


Assalamualaikum..

Hello blogger n all.
waduh waduh ! dah terlambat ke gue nak ucap happy 2012 ?
belom belom beloooom kan ?
btw, cik fiefy amat amat laaa bz.
bz dgn kerjaya, bz dgn cinta. eh, apo kono pulak dgn cinta ? mengarot la !
bz menguruskan rumahtangga serta anak2.
eh, bila pulak cik fiefy berkahwin ?
di tahun baru ni, tetiba dah tukar status ke ?
no, no, nooo. mmg ada anak, anak mata dan anak tekak. kau pun hado kan. kehkeh.
ok laa. this is my short entry for tonight.
saja nak ngepost supaya nampak yg cik fiefy ni masih wujud.
nanti i free, i kasi baru blog ni ok !


buh-bye :)


Sunday, November 6, 2011

berKORBAN apa saja

Assalamualaikum..


hello n hye u ols.. :)
long time x hupdate. so, hari raya ni aku nak gedix gedix santai boleh?
b4 tuh, belum terlambat nak wish kat u ols "Salam Aidiladha" or Selamat Hari Raya Korban.
sepanjang korang hidup, apa yang korang korbankan?
mesti banyak kaaan? mesti ada kan?
ok, macam aku pun. dah banyak yang aku korbankan.
berkorban selama 3 tahun untuk menamatkan diploma. dan sekarang berkorban masa sabtu ahad untuk buat part time study pulak.
bukan senang kerja sambil belajar. itu pun pengorbanan kan? hehe.
boleh di terima pakai tak?
dan hari ni.. aku terpaksa korbankan hati dan perasaan untuk biarkan ia pergi.
supaya dapat memuaskan hati kedua ibu bapa aku.
pengorbanan yang amat berat kan.
dan hari ni jugak, aku berkorban merelakan pemergian laptop aku yg da berusia 5 tahun.
laptop yang dah banyak berjasa dari zaman diploma sampai la sekarang.
sedih sedih. tahu?
kenapa laptop ni tinggalkan aku. tak pernah dia buat hal, meragam macam ni.
kenapa, aku pernah seksa kau ke?
ye, aku tau dalam hard disk tuh macam2 aku sumbat sampai kau pun dah migrane nak tampung. tapi tak kan kau buat aku macam ni. sampai hati.
hopefully ada la insan yang bermurah hati nak hadiahkan aku sejibik laptop berwarna fink !
dah la, penat la jari jemari menaip.
apa pun u ols. tak rugi kan kalau berkorban.
semoga segala pengorbanan yang dilakukan, mendapat point untuk bekalan di atas sana.
aiseh, ada macam ustazah tak ?
choppp si cantek dan si hensem.
hari ni korang makan apa ? mesti macam-macam kan.
apa pun, makan biar berpada. jangan sampai ada yang keracunan ye ?
PEAAAACE.
nanti aku hupdate lg ye. :)


PAPAI.

Monday, October 31, 2011

Tragedi di bulan Oktober..

Assalamualaikum..


hockeeeey, witwitttt.. (bersiul tanda cik fiefy bersuara). at d end of october akhirnya cik fiefy timbul jugak walaupun dah berapa lama tenggelam ! waduh, mane nak timbul kalau dah badan ni macam badak air. tenggelam timbul pun x guna. kihkih. ada apa dengan tragedi oktober ? kau hengat lagu awie nak bertragedi tragedi ? ni bukan nak cerita pasal lagu jiwang abang rock awie tu. tapi nak stori pasal oktober. setori tak setori sangat la sebab masa tak banyak ! sekarang ni menaip pun sambil curi-curi. tengok kiri kanan macam pencuri kedai emas tu ? tahu ? (acecehh, tipu tak beragak la). ni haah, nak setori sikit. 13 oktober hari tu, birthday cik fiefy. wah ! tahniah tahniah cik fiefy sebab umur anda dah menjangkau 23 tahun. APA ? 23 ? amacam, umur aku tak macam 23 kan? ada lah dalam 18 tahun. (terkekek-kekek aku gelak.. muka super duper makcik, jangan perasan sangat lah ye..) erm, kalau di ikutkan umur aku ni memang dah sesuai berumahtangga. tapi mungkin tangga batu pun aku belum nak bina kot. kawan-kawan dah sibuk bertunang n buat persiapan kahwin. yang dah bersalin, yang da 2,3 orang anak pun ada. tapi aku tak rasa nak berumahtangga macam dorang lagi. al-maklumlah.. aku terlalu muda. erk ? muda ke ? ok ok je. bahagia tengok kawan-kawan semua. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye. banyak sebenarnya tragedi bulan oktober ni. tapi tiba-tiba aku hilang akal. lupa semuanya ! hah, lagi 1 la kan. Hari ni, 31 oktober kan? hari terakhir aku kat MINDEF (MAFCA). yup, setahun lebih aku kat sini, dah macam-macam aku belajar n dorang semua baik-baik ! kerja pun enjoy, tak stress. tapi, akhirnya.. aku buat keputusan untuk pergi jugak membawa hati yang lara. what the.. lara ke? aku terpaksa terima offer kerja kat tempat baru sebab nak cari pengalaman baru, gaji baru, kawan baru, semua baru ! no,no,no.. tapi bukan boipren baru taw. hee. tamo tamo. nanti mak marah nakal-nakal. apa pun, kat mana pun.. aku tak kan mungkin lupakan office mate semua. dorang semua best ! terima kasih atas semuanya. jasa korang akan aku kenang sampai bila-bila. halalkan makan minum n maafkan salah silap. setiap pertemuan, ada perpisahan. ye tak ? bak kata pepatah melayu, bercinta bepuluh tahun pun boleh putus. ada kena mengena tak ? sekian saja tragedi di bulan oktober. btw, memang banyak nak setori. tapi otak tak center plak memalam ni. neves nak mengadap hari esok. bes ke tak ek tempat baru ? mencabar ke ek kerja baru ? :( apa pun, doakan aku yang terbaik ye. GUDNYTE ^^




jap jap. ada gambar hiasan !

thx to my parents fer diz delicious cake ! luv both of u :)



tinggal kenangan :( mungkin tempat ni nanti ada bayangan aku. bersedia lah korang !