Thursday, February 17, 2011
Silent is Better !
Wednesday, February 16, 2011
Pelita by A.P.I
Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya
Monday, February 14, 2011
Rahsia d sebalik no 11 dan 2011..
Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9 (September)
Tahun: 2001
Fakta yang terdapat di dalam al-Quran
Ayat yang menceritakan tentang musuh-musuh Islam iaitu ayat 110 dari surah At-Taubah.
"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi punca kegelisahan dalam hati mereka kecuali jika hati mereka telah terpotong-potong. Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana".
Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:
Ayat yang ke 110: (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke 11: (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke 9: (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke 2001: (kejadian berlaku pada 2001)
Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika Syarikat itu tidaklah pula kita ketahui. Oleh kerana ada persamaan fakta di antara keduanya, maka kita bolehlah mengambil iktibar bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja dan ini membuktikan salah satu mukjizat Al-Quran. Subhanallah.
Thursday, February 10, 2011
Thanks MOOD !
Saturday, February 5, 2011
Maaf..
Wednesday, February 2, 2011
Salah ke kalau terlalu PERAMAH ?
Hohoho.. Balik kampooong !
Tuesday, February 1, 2011
Kepalak guek pusing !
Saturday, January 29, 2011
Happy 24th Birthday BFF !






Ada Band - Biarkan Ku Pergi
Biarkan Ku Pergi
Jangan terus kau tangisiSemua yang terjadiBila akhirnya ku meninggalkanmuKumohon kau sangguplupakan dirikuYang telah hancurkan mimpimuBukan ku tak menyayangimuNamun ku tak bisa jadikanmukekasih yang sejatiKasihku relakan dirikuTak selamanya cinta harus memiliki Sayangku biarkan ku pergiKu tiada lagi sendiri seperti waktu duluMaafkan jika ku tak bisaMenjaga tulusnya cinta di dalam dirimuLepaskan beban batinmuKuatkanlah diriTak satu pun di dunia yang abadiKasihku jangan terus renungiKadang cinta itu layaknya cobaan
Biarkan Ku Pergi
Thursday, January 27, 2011
Khusyuk dalam solat
Assalamualaikum WBT readers.. :)
Entry kali ini, ak nk kongsikan cket tentang khusyuk dlm solat. Terase nak bkk topik ni sebab.. pg2 td b4 ak p kje, sambil breakfast sambil tgok tv9. ade ceramah pg2 tuuh. tajuk nya.. " KHUSYUK DALAM SOLAT (BAH 1)".
Bukan senang sebenarnya kita nak khusyuk sepenuhnya dlm solat. kadang2 tuu, tgh solat kt pk camane nk oter blog laa.. chantekkan blog laa.. nak makan ape la blik rumah nnti.. hee. mesti ade punye kaan.. n mcm2 lg laa. Sedangkan waktu kt pk sume tu, kt sdg menyembah Allah S.W.T.
Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah S.W.T :-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Firman-Nya lagi:-
“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:-
yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan “munajat” (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, “Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati.”
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Jadi, sama-sama la kt renung-renungkan bersama :)
Wednesday, January 26, 2011
awat Nuffnang ni ketegaq sangaaat aih ?
SENYUM ITU SEDEKAH :)
Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
~ Jadi, pagi-pagi pegi kerja perlulah senyum ye cik fiefy. muke kau tuh mmg macam cuka.
tp aku suka ! renung-renugkan dan selamat beramal ~
Tuesday, January 25, 2011
Xtiviti baru Cik Fiefy kat opis !


TIPS POWER MEMIKAT LELAKI ? SUPER DUPER POWER KEW ?!
Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:
- Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
- Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
- Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
- Jujur dan sentiasa merendah diri.
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
- Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
- Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
- Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
- Jangan terlalu mengongkong.
- Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
- Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
- Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
- Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
- Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
- Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
- Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
- Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
- Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
- Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
- Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
- Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
- Mengetahui bila hari lahirnya.
- Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
- Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Agresif.
- Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
- Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
- Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
- Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
- Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
- Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
- Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
- Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
- Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
- Jangan bersikap terlalu kuno.
- Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
- Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
- Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
- Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
- Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
- Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
- Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
waaah ! 50 tips giteeew. byk tuuuh, manyaaak. lemon pon x manyak cm gini ! kahkahkah. ape yg pasti ak adalah tergolong dlm ciri2 yg ke-30 ! rawk beeeb, raaawk. bluuurp ! rawk sgt ke ak.. ngeee. tp kan kan kooorang.. ak perlu buat kajian thdp ke 50-50 tips d atas. sebaaab, sume tips kat atas ni terlalu laaa cerewet banget ! hamboi hamboooi ceeeeq.. (sambil seng2 lengan bj) hangpa suma bkn men nak yg PERFECT nooo. habeh ppuan2 d lua sne ? ta maw kaaa.. x boley x boley.. dlm idop ni.. sikap TERIMA DIA SEADANYA perlulaaah d pupuk. betooooi taaak.. pandai ak berkate2 erkkk.. yelaaa.. bak kate pepatah, x sume ppuan pandai pkai kain batik tuuu adalah wanita melayu terakhir !
SEKIAN ! pepatah terakhir rekaan ak.. PAPAI :)
*sumber rujukan dr http://www.azuanrazi.com. Terima kasih :)*

