I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 25, 2011

Xtiviti baru Cik Fiefy kat opis !



mai maaai..
goreng pisang 6 singget.. singget 6 maaaai~
karipap, lepat 3 singget 3 singget !
hambooooih, mahal btl minah ni jual kueh..
eh, jgn slh sangke plaaak ceq oooi..
ak tade la jual kueh kat opis tuuuh..
mkn kueh.. mmg le manyak an. ngehngeh!
sbb ary2 mst ade staff bli kueh.. mmg mke ak ade la cm donut cket2.. bluuuerk !
d sebab kan kje2 d opis tuuuh smkin laa membosankan.. sbb ary2 wt kje yg sme..
jd.. ak n kwn2 opisku.. menemui 1 jln tok penghilang kebosanan !
jengjengjeng. oi oi.. ingat pertunjukan sarkas ke nk jengjengjeng !
yelaa, konon2 suprise laa. buat2 mke tekejot pon ok la koorang.
konon2 cte ak ni menarek. hahaha ! mongek to ak ney.
xtvt yg ak dok ckp tuuuh, msti la GAME ! game FARMSCAPE.
waaah, giteeew. ekceli kaan, ak bkn pengGILE game or pengGEMAR game.
tataaaapi, lobang idong mu tatap menjadi pojaan atyku.. huahua !
means lobang idong farmscape tu laah. sbb ape tah ak gle kan sgt..
dok kumpol duet mencantekkan kebun dan tnmn2.. sme la cm korg men farmville kat fb tuh..
tp lg UP la dr tuuh. cgih cket plus mencabar..
yg ak plek skli kaaan.. lelaki pon gle dok nanam kebun sne cni kat opis tuuh.
dah plak isu kebun berkebun kat opis tgh menular skg ni..
tp dlm game jela aaan.. haaaih, x buat koje la gamaknyee.
lgpon, lately ni m not in mood ockeeys.
tp klu men game, oweys in gud mood ! kahkah.
semoga kebun ak lebih bertambah maju dan maju. hoyeeeaaah !
duet hasil bekebon da tinggal cket..
sbb ade org dok la bli hiasan tmn kebon.. cet !
ockeeey laa, tade topix tok kongsi kongsi fa choooi lg..
esok esok hupdate lg.. bye bye !
tatapan gambar d bwh (bhs yg penuh kesopanan ye tuantuan dan puanpuan)



hehehe. ni la budak gemox n pakcik nye yg ak dok sental kat komputer opis every day ! haha. boleh gle taw taak.


boleh KERO mate dok crik duet maen mende neey haih. yg penting PANTAS ! lalala.

TIPS POWER MEMIKAT LELAKI ? SUPER DUPER POWER KEW ?!

Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!



waaah ! 50 tips giteeew. byk tuuuh, manyaaak. lemon pon x manyak cm gini ! kahkahkah. ape yg pasti ak adalah tergolong dlm ciri2 yg ke-30 ! rawk beeeb, raaawk. bluuurp ! rawk sgt ke ak.. ngeee. tp kan kan kooorang.. ak perlu buat kajian thdp ke 50-50 tips d atas. sebaaab, sume tips kat atas ni terlalu laaa cerewet banget ! hamboi hamboooi ceeeeq.. (sambil seng2 lengan bj) hangpa suma bkn men nak yg PERFECT nooo. habeh ppuan2 d lua sne ? ta maw kaaa.. x boley x boley.. dlm idop ni.. sikap TERIMA DIA SEADANYA perlulaaah d pupuk. betooooi taaak.. pandai ak berkate2 erkkk.. yelaaa.. bak kate pepatah, x sume ppuan pandai pkai kain batik tuuu adalah wanita melayu terakhir !

SEKIAN ! pepatah terakhir rekaan ak.. PAPAI :)



*sumber rujukan dr http://www.azuanrazi.com. Terima kasih :)*