I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 29, 2011

H i l a n g

Assalamualaikum u ols :)


hello hye !
disebabkan jari aku menaip pada waktu pagi, Selamat Pagi Malaysia !
actually tak tau nak story pasal apa.
sebab i'm not in the good mood ryte now.
hilang ? tuh, tuh.. tengok tajuk entry tuh.. hilang ?
apa yg aku hilang ?
dah tau hilang, tak boleh beli baru ke ?
ceh! sebab tak boleh la aku rasa kehilangan.
banyak benda yg aku rasa aku hilang sekarang ni.
aku memang rasa sangat-sangat kehilangan.


* aku hilang rasa happy.
* aku hilang someone yang 1 ketika dulu pernah ada waktu aku susah dan senang.
* aku hilang kawan-kawan yang aku sayang.
* aku akan hilang best friend.
* aku hilang semua !


cop cop.. TAPI 1 je tak hilang.
KENANGAN.. ;(
kenangan tak kan hilang sampai bila-bila..
kepada sesiapa yang pernah aku rasa penting dan aku amat hargai, thanks u ols pernah jadi yang paling terbaik dalam hidup aku..
sometime, aku rasa lost gila.
btw, i'm grateful to Allah sebab dalam waktu suka duka aku, masih ada yang sayangkan aku.
ESPECIALLY my parent :)


* GOOD BYE *

Sunday, September 25, 2011

PETUA : Remove Blackhead Dengan Berkesannya !

Assalamulaikum W.B.T u ols :)


hello hai blogger n readers !
entry aku kali ni nak bercerita pasal petua buang blackhead.
korang tau apa itu blackhead ?
blackhead adalah bintik-bintik hitam yang selalu mencacatkan permukaan kulit wajah kita. (hentam je maksud blackhead. sendiri tau la kan. kihkih!)
btw, blackhead ni semua orang ada. tak kira jantina. tipu kalau kau dan kau kata muka kau sesuci murni.
yang membezakan banyak atau sikit je.
korang biasa tak guna petua ?
aku memang jarang sangat sangat lah.
petua selalunya diamalkan oleh nenek-nenek kita dulu.
kadang-kadang petua memang boleh digunapakai sebab tak semua petua jadi kan.
ada yang kesannya lambat.
eloknya kita guna petua dolu-dolu ni sebab tiada sebarang bahan kimia yang digunakan.
tapi sifat sabar tu kena la ada. bukan sekali kau buat, terus jadi.
tapi petua yang aku nak bagi ni, sekali kau buat.
pergggghhhh ! kulit kau pun bikin tercabut sekali.


ok, jom try !


bahan-bahannya :

kapas muka
sedikit colgate
sedikit putih telur

cara-cara :

first, korang cuci bersih dulu muka tu.
next, sapukan sedikit colgate pada permukaan kulit yang ada blackhead.
finally, celup kapas dalam putih telur dan tampal pada permukaan blackhead.




DONE !
amacam, mudahkan ?
tunggu sampai kapas tu betul-betul kering kat kulit muka, baru boleh tanggalkan.
adooi, tapi sakit sikit nak tanggal.
bila dah tanggal, korang tengok kat kapas tu banyak tak !
seeloknya, buat sebelum tidur. bila bangun pagi je dah betul-betul kering.
cuba lah ! DIJAMIN BERKESAN. :)
bye bye dan selamat mencuba u ols.


*gambar hiasan takde lah nak ditayangkan kat korang SEBAB muka aku nampak macam hantu semalam* HAHAHA !

Saturday, September 10, 2011

HEAVEN !


Assalamualaikum W.B.T u ols :)

malam ni terasa rajin nak hupdate belog sebab nak clearkan sawang sawang dalam laman sesawang blogger.com ni.
amacam, rasa macam clear sikit kan belog aku ?
baik jujo ? clear ke taaaak.
CLEAR..? ok, thanks !
nah, duit raya 50sen.
dah, korang boleh balik !
eh, sabar sabar.
da visit belog aku, baca baca la sikit ye ? :p
ngee. kenapa senget sangat aku malam ni ?
TERLAMPAU happy kot.
nak tau sebab apa ?
sebab aku dah beli wireless router yang baru. :)
nak tau apa yang dah jadi dengan router lama ?
antenna router tu dah patah. FULLSTOP.
aku tak tau la tangan gajah mana yang pegang boleh patah ?
pelik pelik. rumah aku tak pernah bela gajah pun. even gajah jenis mainan pun tak pernah ada taw.
( harap tak ada orang yang terasa dalam rumah aku ni bila baca. "sambil tergelak jahat")
so, lepas ni aku boleh la mendownload, mengakses segala macam gosip2 retis dalam dan luar negara tanpa sempadan.
erk ? apa ni apa ni merepek !
hmm.. actually, internet memang penting sekarang. kalau dulu boleh la nak pergi cc.
rasa macam dah up sangat la main internet kat cc tu.
itu zaman sekolah ye dik non.
tapi sekarang, cc RM3.50 per hour macam tak berapa nak mampu bayar sebab aku tak pernah lepak depan lappy sambil on internet selama sejam SAHAJA.
kalau boleh, lebih dari 24 jam aku nak online dalam sehari. ( kalau nak tipu pun, beragak sikit fiefy )
aih.. thats why la nak tak nak terbang kan jugak RM100+ untuk beli router yang baru.
agak heaven sikit malam ni sebab dapat online dengan tenang.
sebelum ni, nak online boleh. tapi aku kena buat aksi lu**h sikit la dengan lappy ni.
tonggeng tang sana tonggeng tang sini semata mata nak dapatkan connection yang bery the beeeeery LEMBAB !
alaa, umpama makan tercekik badak sumbu di tekak la kan.
macam ada something yang halang line tu. dah antenna patah. paham la kan ?
memang tak boleh belah. rasa kalau baca buku depan lappy sambil tunggu loading, macam dah boleh khatam 1 buku. ( kalau la betul macam tu, nanti exam aku nak try khatam ke tak )

k ah, k ah.
itu je nak story malam ni.
nak belagak ada router baru ?
tidak sama sekali.
zaman millenium ni orang dah tak pakai streamyx john.
pakai unifi lah !
tapi aku mana mampu nak bayar mahal mahal.
apa pun, bersyukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah :)
next entry, tunggu aku hupdate ok ?


** selamat malam peeps :) **



aku rasa diorang ni kot badak sumbu yang menghalang connection internet aku. pergh ! memang tembun.

Belum terlambat tuk ucap SELAMAT HARI RAYA !




Assalamualaaaikum W.B.T..

terlalu rajin untuk aku menaip malam ni disebabkan terover dos tidur tanpa sedarkan diri.
ah, tak perlu kot bagitau 1 dunia yang aku tidur tak ingat dunia kan ?
kalau gempa bumi pun belum pasti aku bangun tidur. kah kah kah !
jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi.
waduh, terbeliak mata aku sekarang.
apa nak buat ? cuba2 lah mengorek idea malam-malam buta ni.
dikesempatan ni, aku rasa masih belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA tok korang semua.
MAAF ZAHIR & BATIN ( ucapan standard hari raya. haha..)
so, camane raya korang ? meriah ? meletop ?
ada tak yang beraya tanpa kaki, tangan, hidung atau telinga disebabkan main mercun ?
kalau ada, aku harap raya korang macam insan-insan sempurna yang lain. ahaha !
hurm, raya aku tok tahun ni plak..
x meriah, x meletop macam korang kot.
dan tak semeriah seperti tahun2 lepas.
dalam banyak2 tahun, tahun ni paling banyak dugaan yang aku lalui..
lepas 1-1 dugaan yang datang dan Alhamdulillah sampai ke hari ni aku masih boleh mengawal diri aku. aku masih kuat hadapi semua tu.
raya tahun ni memang raya paling sedih yang pernah aku rasa. :(
tapi, hidup perlu diteruskan. betul tak ?
hehe ! dah la. ayat sedih puleeeek.
i'm ok, i'm okaaaay. (ceh, korang tak tanya pun aku ok ke tak kan? )
takpe laaah.. (sambil menunduk pasrah )
aik, cerita balik pasal raya aku tadi.
tahun ni aku balik kampung, tunggu orang datang meminang je kat rumah.
eh, bukan bukan. tunggu orang datang beraya je kat rumah je.
tak pergi mana-mana pun.
kadang tu, tak rasa pun raya ? boleh lagi pakai baju tidur kat rumah. Raya ke camtu ?
tak rasa pun raya, TAPI duit raya dapat la jugak.
RM50 je :( memang sedih beb.
budak kecik macam aku tak dapat duit raya ? how come ? sobsob.
ok lah, aku dah rasa ketandusan idea.
otak aku dah haus la.
jap, jap !
hengat kau je ada gambar raya ? aku pon hadoooo.



jeng jeng jeng.
tema family : hijau mak long gitewwww.
( kalau merah, merah mak ngah kan ? kalau hijau, hijau maklong la kot..)

this is my new boyfie. hensem tak, hensem taaak ?



SEKIAN, TATA.




Thursday, September 8, 2011

AKU DAH NAK KE JINJANG PELAMIN :)

Assalamualaikum W.B.T u ols..


hye hye.. fiefy datang laaaagi..
dah sekian lamanya fiefy tak berblogging..
biasa lah, i kan PM.. dats y bz sangat saaaaangat.
ingat fiefy lagi taaaak..?
hari ni fiefy bukan dalam segmen " SENDUK FIEFY " kat hotfm tuh.. (sengaukan sikit suara kau bila baca)
tapi dalam segmen " PELAMIN CIK FIEFY "..
ooops, bunyi macam kontroversi giteeeeew..
i da mula cakap pasal kahwin.. dah menggatal nak kahwin ke ?
kalau betul pun, MAK OK JEEEER.
erk ? no no noooo~
hidup masih terumbang ambing ada hati nak ke jinjang pelamin ye ?
( aku tengok kau besar kecik besar kecik je fie.. TET !)
ok la, ok.. be serious..
actually bukan aku yang nak ke jinjang pelamin..
bukan jugak adik atau nenek aku..
( fuh, nafas lega bagi sesiapa yang tengah menunggu untuk memperisterikan aku.. )
ERK ! ini gurauan semata-mata. lek luuu, lek lu. :p
ok, back to the main point tadi..
aku sebenarnya nak kongsi sikit isu yang berkaitan dengan kahwin2 ni..
isu HANTARAN KAHWIN..
semalam aku online facebook.. and then tengok ramai yang post pasal hantaran kahwin..nampak macam menarik !aku pun baca la kaaaan..
rupanya, diorang post nilai hantaran mengikut qualification..
meh, nak kasi view sikit kat korang.
maybe korang dah pernah baca kot kan.aku je yang agak ketinggalan sikit..
kalau lumba lari, dah kalah jauh dah kot ek ? hehe !



haaa, tu dia ceq oooooi~aku kasi highlight ye ?

Nilai hantaran kahwin mengikut HARGA PURATA TERKINI dan STATUS PELAJARAN di seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR / SRP : RM1,000 – RM3,000

SPM : RM3,000 – RM8,000

STPM / DIPLOMA : RM12,000 – RM15,000

…2ND DEGREE / MASTER : RM15,000 – RM20,000

PHD : RM20,000 – RM30,000


ok, dah view kan ? so, apa pendapat korang tentang nilai hantaran yang dicadangkan tu ?

SETUJU atau TIDAK ?
sekarang aku Diploma holder. tengah sambung Degree.
siapa2 yang nak memperisterikan aku sekarang, hantaran ada la dalam RM8,000 - RM12,000. murah sikit laaa kan.
TAPI, bila dah degree holder up kepada RM12,000 - RM15,000.
maaak aih ! kalau aku nak ikut nilai macam kat atas, aku kena cari jejaka yang sederhana kaya atau kaya la kan ?
means, yang mampu bayar mengikut nilai di atas.
Ok, nanti nak try la searching jejaka2 yang menepati terma dan syarat..
( mata aku dan berpinar-pinar dengan simbol $$$.. haha! )
eh, jangan nak mata duitan sangat tau..
kang nak cari yang kaya sangat kang, kaya jugak la umur aku nanti.
hey hey, mak aku pesan, biar miskin harta TAPI kaya agama. OPS ! tapi lepas tuuu, ada sambungan ayat dia sikit..
kalau boleh biar lah 2-2 tu balance. kaya agama, kaya harta jugak.
maksud mak aku kaya harta tu mungkin, ada kerja yang stable untuk tanggung aku nanti.. ( terpaksa positive thinking.. erk! )
yelaaa, kalau nak dapat yang kaya memang ramai. memang ada kat muka bumi ni.
tapi maybe yang umur sebaya bapak aku, atau mungkin sebaya atok aku atau dadu. eh, DUDA lah ! kau nak ?
taknak mak taknaaaaaaaaak !
k la.. apa pun, masing2 ada pendapat masing kan..
macam aku tak berapa nak setuju la nilai hantaran mengikut qualification yang kita ada..
contohnya kalau aku n bakal husband ada degree, kenapa aku nak demand kan kalau setaraf ?
melainkan husband tak setaraf, mungkin ada sesetengah mak ayah yang minta hantaran tu lebih tinggi..
banyak kan yang dah berlaku..
apa yang penting kat sini.. jodoh di tangan Allah..
siapa pun jodoh kita, berbeza pangkat, pelajaran sekali pun kalau Dia dah tentukan itu adalah jodoh kita, kenapa kita nak tolak kan ?
tapi biasa la, kadang2 mak ayah kita ni terlalu terpengaruh dengan pendapat orang lain..
sampaikan yang ada Master pun, mak suruh cari yang sama taraf ?
ai, lama2 memang ANDARTU la kot.
zaman sekarang ni, duit memang penting.
cuba korang bayangkan macam mana kalau korang hidup tanpa seSEN duit pun.
BOLEH HIDUP ? mesti tak boleh kan.mungkin itu yang difikirkan oleh mak ayah kita.
macam aku, jangan tanya hantaran berapa.
tak pernah terfikir pun.tapi tak de la nak mengikut rate macam kat atas tu.
berpada-pada la kaaan.. (haih, apahal aku nampak macam emotionial ni?)
takpe laa, mak bukan retis nak hantaran RM888,888.88. (hamboi, nampak macam melampau !)
kalau sudi sudi tuu, korang boleh share pendapat korang plak. :)








Daaa~ ^.^

ini hanya gambar hiasan.. buaaai.. lajuuuuu.. buai ku laaaaju..
aku nak kahwin dengan anak rajaaaa..
(huh, cuba kau tolong jawab anak raja mana nak tuan puteri gemok gedempol macam aku ni?)
RAJA GOPAL kot !