I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 15, 2011

CERPEN PENDEK ; Aku Si Permata



Nama aku permata. bukan permata hijrah. bukan juga permata biru. permata je. aku dilahirkan mungkin di dalam mata. sebab tu nama aku permata. per mewakili satu. mata mewakili mata. mungkin disebabkan bentuk aku seperti mata manusia. mungkin mungkin. itu lah maksud nama aku iaitu SATU MATA. nak lihat rupa paras aku tak? aku cantik. aku hensem. pendek kata memang OHSEMMM ! aku ada dijual di kedai jual permata lah. ish, banyak tanya lah awak ni. (permata pun pandai cakap tau). saiz badan aku tak gemuk, tak juga terlalu kurus. kira sekali tengok memang slim cut la. kalau permata perempuan, memang slim cut. kalau permata lelaki, tough juga lah. aku dilahirkan dengan jantina perempuan. betapa gembiranya mak ayah bila melihat kelahiran aku. ok, bermula lah cerita.


**********

Pada suatu hari..

Setelah beberapa bulan aku hidup di Kedai Permata Pak Sa Me On iaitu tempat aku di jual. aku telah di beli oleh seorang jejaka. kurus orangnya. tak tinggi tak rendah serta bermata coklat. walaupun jejaka tersebut ohsem dan membeli aku dengan harga yang sangat sangat tinggi, aku tetap berasa tidak gembira. sebab aku tidak dapat lagi tinggal bersama ibu ayah dan kawan-kawan yang lain. aku akan dimiliki, dijaga oleh tuan yang baru. :( telah lama jejaka ini mencari permata seperti aku. dan sekarang permata yang dicari telah dijumpai. pada mulanya, aku berasa amat sedih tetapi aku perlu tabah dan menerima hakikat bahawa aku bukan lagi milik kedua ibu bapa ku. oleh itu, dengan redhanya aku harus meninggalkan orang-orang yang aku sayangi. selepas itu, aku dibawa pulang oleh jejaka tersebut. jejaka tersebut bernama Feroz Hijaz. (sempat kenal nama ni..hehe). Tapi tu bukan nama sebenar dia kot. glamour semacam pulak kan. selama beberapa bulan aku tinggal bersama tuan aku enchik feroz, dia menjaga aku dengan baik. tidak pernah sekejap pun dia tinggalkan aku. kalau boleh, ke mana sahaja dia pergi, dia ingin bawa aku bersama. dia memang terlalu mengambil berat terhadap aku. dia jaga aku dengan sebaik-baiknya walau kadangkala dia bersikap pelik terhadap aku. namun aku tidak pernah mengendahkannya. setelah beberapa bulan aku tinggal bersama dia, tuan aku telah lalai lalu meninggalkan aku di atas meja sebuah kedai makan. aku telah di buang oleh pekerja kedai makan tersebut di sebuah tong sampah. :( dan akhirnya aku tidak lagi bersama tuan aku. aku berharap supaya tuan aku akan terus mencari dan mencari aku. aku berasa amat sedih kerana aku tidak lagi bersama tuan aku. permata yang dulu dicari kini telah hilang. namun demikian, tamatlah riwayat aku sebagai sebiji permata. (T.T)


**********

~ SEKIAN ~








cerpen pendek ini direka khas oleh cik fiefy. tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. coretan cerpen ini hanya sekadar untuk melepaskan rindu untuk menulis cerpen darjah 6 je. hikhik ! bye bye.


P/S ---> agak-agak kalau buat karangan UPSR boleh dapat A tak ? hikhik *_*