I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 31, 2011

Tragedi di bulan Oktober..

Assalamualaikum..


hockeeeey, witwitttt.. (bersiul tanda cik fiefy bersuara). at d end of october akhirnya cik fiefy timbul jugak walaupun dah berapa lama tenggelam ! waduh, mane nak timbul kalau dah badan ni macam badak air. tenggelam timbul pun x guna. kihkih. ada apa dengan tragedi oktober ? kau hengat lagu awie nak bertragedi tragedi ? ni bukan nak cerita pasal lagu jiwang abang rock awie tu. tapi nak stori pasal oktober. setori tak setori sangat la sebab masa tak banyak ! sekarang ni menaip pun sambil curi-curi. tengok kiri kanan macam pencuri kedai emas tu ? tahu ? (acecehh, tipu tak beragak la). ni haah, nak setori sikit. 13 oktober hari tu, birthday cik fiefy. wah ! tahniah tahniah cik fiefy sebab umur anda dah menjangkau 23 tahun. APA ? 23 ? amacam, umur aku tak macam 23 kan? ada lah dalam 18 tahun. (terkekek-kekek aku gelak.. muka super duper makcik, jangan perasan sangat lah ye..) erm, kalau di ikutkan umur aku ni memang dah sesuai berumahtangga. tapi mungkin tangga batu pun aku belum nak bina kot. kawan-kawan dah sibuk bertunang n buat persiapan kahwin. yang dah bersalin, yang da 2,3 orang anak pun ada. tapi aku tak rasa nak berumahtangga macam dorang lagi. al-maklumlah.. aku terlalu muda. erk ? muda ke ? ok ok je. bahagia tengok kawan-kawan semua. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye. banyak sebenarnya tragedi bulan oktober ni. tapi tiba-tiba aku hilang akal. lupa semuanya ! hah, lagi 1 la kan. Hari ni, 31 oktober kan? hari terakhir aku kat MINDEF (MAFCA). yup, setahun lebih aku kat sini, dah macam-macam aku belajar n dorang semua baik-baik ! kerja pun enjoy, tak stress. tapi, akhirnya.. aku buat keputusan untuk pergi jugak membawa hati yang lara. what the.. lara ke? aku terpaksa terima offer kerja kat tempat baru sebab nak cari pengalaman baru, gaji baru, kawan baru, semua baru ! no,no,no.. tapi bukan boipren baru taw. hee. tamo tamo. nanti mak marah nakal-nakal. apa pun, kat mana pun.. aku tak kan mungkin lupakan office mate semua. dorang semua best ! terima kasih atas semuanya. jasa korang akan aku kenang sampai bila-bila. halalkan makan minum n maafkan salah silap. setiap pertemuan, ada perpisahan. ye tak ? bak kata pepatah melayu, bercinta bepuluh tahun pun boleh putus. ada kena mengena tak ? sekian saja tragedi di bulan oktober. btw, memang banyak nak setori. tapi otak tak center plak memalam ni. neves nak mengadap hari esok. bes ke tak ek tempat baru ? mencabar ke ek kerja baru ? :( apa pun, doakan aku yang terbaik ye. GUDNYTE ^^




jap jap. ada gambar hiasan !

thx to my parents fer diz delicious cake ! luv both of u :)



tinggal kenangan :( mungkin tempat ni nanti ada bayangan aku. bersedia lah korang !

Wednesday, October 5, 2011

Blogger Muslim Vs Blogger Muslimah

Assalamualaikum W.B.T..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita dalam apa jua yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan kehendakNya. InsyaAllah..


Pertama sekali, entry ini adalah bagi membantu seorang sahabat saya yang ingin membuat satu kajian untuk pembentangan individu subjek bahasa inggeris bagi semester akhir.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sahabat sahabiah bolehlah mengunjungi laman blog ini
dan sama-sama lah membantu sahabat kita dalam kajian yang ingin dijalankan. :) InsyaAllah..

SABAR MENCERMINKAN KEIMANAN

Hadis :

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya "Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari.

Pengajaran Hadis :

* Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahandan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

* Kita hendaklah sabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Maksud al-Baqarah ;156)

* Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

* Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

* Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran , sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha dengan ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Wassalam






Saya tag kepada 2 orang sahabat lain :

Niqi
Syahrul





PELUANG KEDUA


Assalamualaikum W.B.T



setiap manusia di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesilapan.. betul tak? ke korang pernah rasa korang sempurna? semua orang tak pernah kan? yes, sama macam aku.. aku tak sempurna.. aku tak pernah buat yang terbaik untuk someone yang betul-betul aku sayang.. tapi pernah ke aku dapat peluang kedua? MEMANG PERNAH dan tak semudah ABC peluang kedua tu kita akan dapat kan? macam mana pulak kalau kita pulak yang bagi peluang kedua kat orang lain? perlu ke mereka ini diberikan peluang kedua demi menebuskan kembali kesilapan dan kesalahan tu? sejauh mana kepercayaan kita kat dia untuk bg peluang kedua tu n mereka akan betul-betul insaf ke? seriously, hati kena kasi kental gua cakap lu.. terima saja apa yang akan jadi selepas peluang kedua tu.. yelaaa kan, lain orang lain caranya.. ada yang langsung tak bagi peluang kedua dan tak memaafkan someone tu sampai bila-bila.. tapi ingat tak kita yang kita ni adalah seroang manusia biasa yang memang tidak lepas dari kesilapan? sempurna ke kita? bagi aku la kan, walau terlalu berat sesuatu kesalahan seseorang tu pada kita, tak salah kita bagi peluang kedua pada dia supaya dia dapat memperbaiki kesilapan diri dan menyesal atas apa yang dilakukan.. janganlah terlalu cepat kita menghukum dia semata-mata sebab kesilapan kali pertamanya! Aku yakin seseorang itu pasti boleh berubah dan belajar dari kesilapan.. kita percaya dia pasti berubah, kita percaya dia pasti menyesal dan kita percaya masih ada peluang untuk dia.. dan aku harap orang lain akan bagi peluang kedua pada aku jugak 1 hari nanti. whoops, sorry la sebab entry aku kali ni muka agak serious. *muncung*






nota kaki : tapi ingatlah jangan jadikan peluang kedua itu sebagai landasan untuk meminta peluang ketiga, keempat, kelima, keenam atau keberapa juta pulak.. kalau sampai macam ni memang tiada maaf bagimu...

Sekebun Bunga Cinta !


Assalamualaikum W.B.T



SEKEBUN BUNGA CINTA ?
erk, kenapa aku rasa macam lirik lagu Ziana Zain ? ke terbalik tajuk dia ?
Cinta Bunga Sekebun. BOLEH? *mengarut*


jom view sinopsis novel ni sikit !




Sinopsis Sekebun Bunga Cinta

Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.



P/S --> tiba-tiba terasa nak baca novel. peace!

Tuesday, October 4, 2011

bingung ke bengong, SAMA je.

serious aku bosan. tajuk untuk assignment masih belum terfikir. apa yang aku terfikir ? enjoy enjoy enjoy. deemmmm. apa la nasib labu. kalau nak suruh labu yang jawabkan pun dia x tau nak bagi alasan apa. budak part time yang berperangai pemalas macam aku memang tak termimpi lah nak dapat dean list. cet ! radio yang setiap hari terbukak kat ofis ni buat telinga aku rasa bingit. mana tak nya, setiap hari 3,4 kali lagu kisah dongeng - stacy ke udara. memang telinga aku penuh udara bila dengar ! kacau bilau otak aku langsung tak berfungsi bila lagu yang sama setiap masa. pengharaman pemakaian headfon di tempat kerja tiba-tiba wujud bila pegawai baru take over. apa aku nak sumbat kat telinga ni. langsung tak tenang. baru ingat nak feel lagu-lagu dalam komputer aku.




aku membebel banyak pun tak guna. sebenarnya mengenang nasib nak cari kerja lain. haha !

Monday, October 3, 2011

Blackberry ATAU Blackberak ?

Assalamualaikum W.B.T


blackberry atau blackberak ?
korang tau kan blackberry adalah sejenis jenama telefon bimbit yang digilai ramai remaja2 masa kini TERMASUK lah aku. oppps ! remaja keee ?
gedix sikit pun kedekut. tak habis pun gedix aku ni.
kahkah!
pernah korang dengar kembar kepada blackberry ?
meh meh, aku nak memperkenalkan sikit.
nama dia lebih kurang je dengan blackberry tapi agak buruk sikit la nama dia.
blackberak ! hahaha. gelak guling-guling please ?
eeeiuw, kenapa gedix sangat ni ?
kenapa aku tanya blackberry ke blackberak ?
jap, nak nangis dulu.. wuwuwu.. T.T
ni nak cecite sikit..
kononnya impian untuk birthday aku nanti nak mendapatkan seketol blackberry.
tapi rasa macam tak kesampaian plak impian tu.
konon-konon aku ni nak jadi dalam cerita puteri impian kan, nak impikan sesuatu lah kononnya.
wuwuwu. tapi impian aku ni bukan jadi, roboh terus! cet..!
ooowh, lupa la.
haritu kan ada anak raja nak datang melamar aku.
alaa, yang nama raja gopal tuuu.
nanti lah aku minta dia belikan aku seketol. ngehngeh.
maka, secara kesimpulannya aku nak cakap kat sini..
blackberry yang aku impikan akan bertukar menjadi blackberak !
tuuuih ! down betul la :(





ha, ni diaaaaa BLACKBERAK. cak aaaaaar, cak !