I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 5, 2011

Blogger Muslim Vs Blogger Muslimah

Assalamualaikum W.B.T..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita dalam apa jua yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan kehendakNya. InsyaAllah..


Pertama sekali, entry ini adalah bagi membantu seorang sahabat saya yang ingin membuat satu kajian untuk pembentangan individu subjek bahasa inggeris bagi semester akhir.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sahabat sahabiah bolehlah mengunjungi laman blog ini
dan sama-sama lah membantu sahabat kita dalam kajian yang ingin dijalankan. :) InsyaAllah..

SABAR MENCERMINKAN KEIMANAN

Hadis :

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya "Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari.

Pengajaran Hadis :

* Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahandan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

* Kita hendaklah sabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Maksud al-Baqarah ;156)

* Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

* Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

* Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran , sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha dengan ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Wassalam






Saya tag kepada 2 orang sahabat lain :

Niqi
Syahrul





PELUANG KEDUA


Assalamualaikum W.B.T



setiap manusia di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesilapan.. betul tak? ke korang pernah rasa korang sempurna? semua orang tak pernah kan? yes, sama macam aku.. aku tak sempurna.. aku tak pernah buat yang terbaik untuk someone yang betul-betul aku sayang.. tapi pernah ke aku dapat peluang kedua? MEMANG PERNAH dan tak semudah ABC peluang kedua tu kita akan dapat kan? macam mana pulak kalau kita pulak yang bagi peluang kedua kat orang lain? perlu ke mereka ini diberikan peluang kedua demi menebuskan kembali kesilapan dan kesalahan tu? sejauh mana kepercayaan kita kat dia untuk bg peluang kedua tu n mereka akan betul-betul insaf ke? seriously, hati kena kasi kental gua cakap lu.. terima saja apa yang akan jadi selepas peluang kedua tu.. yelaaa kan, lain orang lain caranya.. ada yang langsung tak bagi peluang kedua dan tak memaafkan someone tu sampai bila-bila.. tapi ingat tak kita yang kita ni adalah seroang manusia biasa yang memang tidak lepas dari kesilapan? sempurna ke kita? bagi aku la kan, walau terlalu berat sesuatu kesalahan seseorang tu pada kita, tak salah kita bagi peluang kedua pada dia supaya dia dapat memperbaiki kesilapan diri dan menyesal atas apa yang dilakukan.. janganlah terlalu cepat kita menghukum dia semata-mata sebab kesilapan kali pertamanya! Aku yakin seseorang itu pasti boleh berubah dan belajar dari kesilapan.. kita percaya dia pasti berubah, kita percaya dia pasti menyesal dan kita percaya masih ada peluang untuk dia.. dan aku harap orang lain akan bagi peluang kedua pada aku jugak 1 hari nanti. whoops, sorry la sebab entry aku kali ni muka agak serious. *muncung*






nota kaki : tapi ingatlah jangan jadikan peluang kedua itu sebagai landasan untuk meminta peluang ketiga, keempat, kelima, keenam atau keberapa juta pulak.. kalau sampai macam ni memang tiada maaf bagimu...

Sekebun Bunga Cinta !


Assalamualaikum W.B.T



SEKEBUN BUNGA CINTA ?
erk, kenapa aku rasa macam lirik lagu Ziana Zain ? ke terbalik tajuk dia ?
Cinta Bunga Sekebun. BOLEH? *mengarut*


jom view sinopsis novel ni sikit !




Sinopsis Sekebun Bunga Cinta

Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangat rapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.



P/S --> tiba-tiba terasa nak baca novel. peace!