I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 5, 2011

Blogger Muslim Vs Blogger Muslimah

Assalamualaikum W.B.T..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita dalam apa jua yang kita lakukan selagi tidak bertentangan dengan kehendakNya. InsyaAllah..


Pertama sekali, entry ini adalah bagi membantu seorang sahabat saya yang ingin membuat satu kajian untuk pembentangan individu subjek bahasa inggeris bagi semester akhir.. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sahabat sahabiah bolehlah mengunjungi laman blog ini
dan sama-sama lah membantu sahabat kita dalam kajian yang ingin dijalankan. :) InsyaAllah..

SABAR MENCERMINKAN KEIMANAN

Hadis :

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya "Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari.

Pengajaran Hadis :

* Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahandan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

* Kita hendaklah sabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Maksud al-Baqarah ;156)

* Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

* Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

* Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran , sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha dengan ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Wassalam






Saya tag kepada 2 orang sahabat lain :

Niqi
Syahrul





3 comments:

budak penjara said...

boleh masuk ustazah pilihan ni.hehe

Syafeeqah Saifuddin @ Fiefy said...

ceh, perli ke hape ni.. huhu~

subuhmenjelma said...

mekacih..heee..tgglkan la link blog akk kat blog fa..kat ruang komen entry ni...^^