I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 24, 2011

10 Mei 2011

Bekalan gula di rumah telah kehabisan, mak saya menyuruh saya ke kedai membeli gula. Saya tak banyak tanya, terus saya pecut ke kedai runcit berhampiran.


Saya tarik sekampit gula tajuk Prai turun dari rak, mak saya tak berapa nak galak kalau beli keluaran siam. Saya pergi kaunter saya lempar RM 2.00 ke meja kaunter sambil minta plastik gaya nak tak nak. Saya berdiri pandang ke makcik, makcik pandang ke saya gaya tak puas hati. Memandangkan 2 minit dah berlalu, orang belakang pun dah berbaris nak bayar, makcik buka mulut


"mana lagi RM0.50?" Kata mak cik Temah.


Peh, saya ingat gula masih lagi RM1.80 saya tunggu baki duit saya makcik tunggu baki duit dia, gampaa betei!


Gula naik lagi. Jaga-jaga bulan Julai dah dekat.