I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 26, 2011

Cekidis Bika perasa ayam

Saya rasa hari ini saya mahu menulis sampai mata saya bengkak.

Ok, sebelum bergerak ke rumah Safrina, awal2 lagi saya dah buat persiapan secara ilmiah. Segala surat khabar metro, berita harian, kosmo, semua saya belek. Saya bukak bahagian hiburan, bahagian dalam Negara luar negeri semua tak boleh pakai, lagi-lagi kalau akhbar utusan. Jadi saya ambil keputusan baca bahagian hiburan.

Saya baca satu persatu tanpa tertinggal walau satu poin pun. Biasala, kalau tidak saya nak borak apa bila sampai rumah dia nanti.

*****

Sesampai saja saya di rumah Safrina, dressing dia lain macam. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang hidup 23 tahun ni dressing dia macam lebih ke penuntut AF. Nak keluar dengan pakwe lah tu. Berborak pun topik dah kearah lain, tak ke arah artis macam selalu. Topik dia dah berat ke arah cara-cara nak pikat pakwe, cara-cara nak bagi surprise la, ciri-ciri hadiah yang patut dibeli la. Macam iblis juga Safrina ni. Saya pun ada pakwe juga tapi tak adela macam si Safrina ni.

Saya jadi kurang menaik. Disebabkan kurang menaik, saya pakai alasan nak ke kedai opah beli cekidis bika perasa ayam.

Habis sebungkus cekidis bika saya berkata-kata dalam hati kecil,

"real juga perasa ayam cekidis bika ni."


"It's nice to be a victim of what happened too late
I wanna share my food, but you have stolen my plate
Hey now, hey now, go your way now"
- little girl, Julian Casablancas